Friday, February 13, 2009

Patriotik ke?

Hari tu kecoh cerita pasal Kerajaan Selangor n Perak beli Toyota Camry sbg kenderaan rasmi. Katanya, tak patriotik sebab tak nak guna kenderaan nasional. Bila dibeli juga camry tu, mula la diorang kutuk-kutuk. Sekarang ni, orang BN jugak yang pakai kereta camry tu, lepas BN amik alih kerajaan Perak akibat daripada gejala rasuah dan ugut yang terlampau. Sedih gak rasanya bila tengok senario politik tanah air yang semakin kotor dan jijik. Menyalahgunakan kuasa yang diberi (mandat la kirenye), diorang memanipulasikan media massa demi kepentingan sendiri.


Aku rasa ramai gak yang dah tau, PDRm beli 25 biji kereta EvoX yang berharga berjuta-juta ringgit untuk diguna pakai di lebuhraya dan adegan kejar mengejar. 25 biji EvoX weh. EvoX adalah kereta keluaran Mitsubishi yang mana Mitsubishi ni bukan pengeluar kereta nasional. Saya ulang, BUKAN pengeluar kereta nasional. Kenapa tiada pihak pun yang nak bukak cerita ke, nak kutuk ke, bangkang ke?


Nak cakap pasal kereta polis negara lain ke? Italy da guna Lamborghini Gallardo sebagai kereta polis. Lamborghini adalah pengeluar kereta nasional Italy. Lamborghini tu memang Italian yg pnye. So, tak kesah la diorang pakai kereta tu sebagai kereta polis diorang. Kenapa diorang tak request Proton or Perodua wat satu custom car yang dikhaskan untuk polis yang aku rasa, harganya akan jadi lagi murah daripada beli EvoX tu. Nak servis pn senang, sbb buatan Malaysia.


Kalau nak cakap pasal laju, memang la Evo tu lg laju dari kereta buatan Malaysia. Memang la kereta polis yang sekarang ni xleh nak follow hijackers or pencuri yang guna kereta yang dah di-modified camtu ja. Bila da tak sama laju, guna la otak masa kejar tu. Kalo tengok kat negara lain, diorang gunakan helicopter skali masa kejar penjenayah. Biarlah kereta polis slow pn, tapi penjenayah tetap diorang dapat tangkap.


So, patriotik sangat ke PDRM yang menjaga ketenteraman awam dan bersifat "Mesra", "Cepat" dan "Betul"  ni? Hurmmm...

No comments:

Post a Comment