Tuesday, June 16, 2009

Life is Complicated

Bingung..
Bingung....
Nasib baik tak bengong..
Nak hadap projek lagi.. Assignment lagi..
Degree macam tak dapat nak sambung Julai ni, kena tunggu Januari tahun depan..
Masa 6 bulan nanti, mahu buat apa? Kena cari kerjalah jawabnya..
Mahu cari kerja dimana? Ada syarikat yang mahu ambil kerja selama 6 bulankah? Mungkin kurang..
Ayah aku nak pergi Indonesia bulan 7 ini katanya, kalau dapat ikut bagus juga.. Kalaulah kan..


Haih~
Semenjak dua menjak ni, asyik mengeluh sahaja..
Susahnye lah hidup..
Tapi mana boleh nak senang saja kan? Tak mencabar lah macam tu..
Bile pulalah terasa hidup ini senang..
Walaupun tak mempunyai tanggungjawab lagi, duit sudah menjadi satu keperluan..
Zaman sekarang, semuanya perlu duit... Nk buang air pun duit..
Nak menuntut ilmu pun duit..
Zaman Nabi dulu, mana ada minta duit bila menuntut ilmu..
Zaman sekarang, tiada duit tiada kehidupanlah..
Macam mana nak makan, nk beli pakaian kalau tiada duit..


Masalah lama kembali semula..
Hampir setahun aku tak dibebankan dengan masalah ini..
Tapi, kadang-kadang, benda ni bukannya masalah pun..
Aku sendiri yang menjadikan benda ini sebagai masalah..
Sepatutnya dah boleh selesai, tapi aku sendiri yang mengheret bendi ini bersama-sama.
Bukan aku tidak mahu selesaikan..
Aku tidak tahu jalan mana patut aku pilih..
Cara mana aku patut guna..
Aku takut dengan hasil daripada jalan dan cara yang aku pilih itu..
Aku takut aku gagal..
Aku sudah puas gagal..
Aku tak mahu gagal lagi..
Tapi mungkin dengan usia aku yang tidak berapa tua mahu pun muda ini, aku harus menempuh lebih banyak kegagalan lagi..
Ya, aku tau kegagalan boleh menjadi pengajaran..
Tapi kalau aku ni bukan jenis yang tahu serik bagaimana?
Kan senang kalau aku boleh aturkan semua perkara mengikut kehendak sendiri?
Gila, mana ada manusia boleh buat macam itu..


Okay, aku suka-suka sahaja buat entry ini..
Tiada kaitan dengan sesiapa pun entry ini..
Sila jangan terasa.. Aku tulis secara spontan je.. hahahaha...

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. baru je nak menyamar..da tersalah bagik id lak..

    papepun..best la bace blog ko..heheh

    beribu2 kali best dpd ngadap buku teknikal..wohaa

    ReplyDelete
  3. ahahaha...
    ko la makhluk misteri Ulm, Bade-Wurttemberg tu ek?
    hehehhee...
    thanx,bro..
    hehehe...

    ReplyDelete