Thursday, April 30, 2009

Tag (Dalam bahasa melayu apa maksudnya?)

Sila jawab dalam bahasa Melayu (Malaysia) sahaja..

1. Kekasih saya adalah :
Errr... Keluarga saya..

2. Saya sedang mendengar :
Bunyi kipas angi berpusing di dalam bilik saya

3. Mungkin saya patut:
Menghidupkan penyaman udara kerana agak panas sekarang ini..

4. Saya baru sudah :
Mandi dan menyegarkan diri...

5.Beza rakan, sahabat, kawan :
Tiada beza dari segi definisi, tetapi berbeza dari segi ejaan, sebutan dan yang berkait..

6.Saya tidak faham :
Bagaimana untuk mengubah fail CSS...

7.Saya perlu mencari :
Ilham bagaimana untuk mengubah fail di atas secara lebih efektif lagi.

8.Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya :
"Ayah mana?", tanya umi saya.

9.Makna kehidupan :
Mengabdikan diri pada Tuhan yang Esa, disamping membantu sesama insan. (Tapi saya tidak seperti yang disebutkan)

10.Cinta itu adalah:
Perkataan yang terhasil daripada huruf C.I.N.T.A.. Anda faham?

11.saya paling suka :
Buat masa ini, berkaraoke bersama rakan-rakan yang bersuara ala2 Awie, Amy Search dan vokalis Kerispatih. Hahaha.. Owh dan Exists juga..

12.Saya akan cuba :
Untuk menyiapkan projek tahun akhir saya mengikut perancangan yang telah ditetapkan mahupun dirancang.

13.Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka :
Mungkinkah kerana rakyat Malaysia begitu 'sayang' pada 'Pak LAH'?

14.Telefon bimbit saya :
Boleh digunakan untuk memanggil dan mengirim pesanan ringkas dan juga panggilan video, dan mendengar lagu, dan menonton video dan bermain permainan (game) dan mengambil gambar.

15.Katil saya :
Dua tingkat di rumah dan satu tingkat di asrama.

16.Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya :
Anda ini Melayu atau Cina?

17.Teknologi adalah :
Sama seperti 'cinta', tetapi teknologi terhasil daripada gabungan huruf T.E.K.N.O.L.O.G.I.. Harap anda faham juga..

18.Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak :
Owh, air masak sememangnya masakan saya yang paling hebat. Hanya daripada pengamatan sahaja saya sudah pandai memasak air masak.

19.Semalam :
Semalam datang dahulu sebelum hari ini.

20.Hari ini :
Datang selepas semalam LAH.. Adoiyai..

21.Malam ini saya akan :
Berfoya-foya bersama rakan-rakan.

22.Esok pula saya akan :
Tidur sampai ke petang mungkin, akibat daripada penat berfoya-foya pada malam ini.

23.Saya betul2 inginkan :
Kebebasam Keadilan, Kejujuran dan Ke-'ape-ape' je lagi.

24.badminton atau futsal :
Ya, saya mampu untuk bersaing dalam kedua-dua sukan tersebut. Mengapa?

25.karaoke :
Aktiviti yang digilai rakyat A4-9-10. Hahaha...

26.kereta :
Kereta mampu membawa saya ke destinasi yang ingin dituju. Malangnya, saya tidak memiliki kereta, mahupun cermin-sisi kereta.

27.Bilik yang terang atau gelap :
Bergantung pada iman dan takwa.

28.Makanan jepun adalah :
Saya tidak boleh makan sushi (makanan jepun).. Ia membuatkan saya teringat pada mulut ikan yang disiang hidup2.. Sadis~

29.Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang?
"Ayah kat masjid lagi", balas aku kepada umiku. (Rujuk no.8)

30.Siapa yang anda nak Tag?:
Nami, Ez, Tiqa, Basuh baju dan lain-lain.

Tuesday, April 28, 2009

Aku selalu sangatlah menghadapi kesukaran untuk memikirkan tajuk yang sesuai untuk setiap entry aku. Sebabnya, entry aku selalunya mengandungi lebih dari satu kisah. Sebabnya, aku selalu mencipta entry tanpa merangka terlebih dahulu. Semuanya aku buat secara spontan. Sebab tu kalau korang baca entry aku yang sebelum-sebelum ini (dan juga yang ini), agak kelam kabut susunan ayat dan jalan cerita. Ceh, macam la aku menulis Cerpen atau Novel pula kan. Hahaha...


Sedikit komen mengenai entry daripada blog Nami yang bertajuk Liberalisasi Tengkorak Kau! (sila baca dahulu untuk kefahaman yang lebih efektif). Aku setuju dengan pendapat nami, bahawa apa yang sedang dilakukan oleh Ketua Kampung kita ini adalah seperti membenarkan kita dijajah semula. Bukan melalui peperangan, tetapi melalui dokumen-dokumen dan tandatangan pelabur asing.


Kuota 70% yang diberikan kepada warga asing atau Bank Negara lain adalah seperti membenarkan mereka untuk menguasai 70% kewangan kita.. Ya, kita semua rakyat Malaysia. Duit itu ekonomi, dan ekonomi itu sangatlah penting bagi sesebuah negara. Tapi, bila ekonomi sesebuah negara itu dikuasai oleh kuasa lain, bukan negara itu sendiri, bukankah ianya sama seperti negara itu dijajah? Macam mana Ketua Kampung kita ni boleh terfikir untuk menguruskan ekonomi negara dengan cara ini?


Ok, habis bab ekonomi. Masuk bab bola. (kan aku da cakap entry aku ni ader lebih dari satu kisah)


Ryan Giggs dinobatkan sebaga FA Best Player. Setelah bermain selama 18 tahun dalam kelab Manchester United, ini adalah kali pertama beliau memnangi anugerah tersebut. Secara peribadi, aku rasa memang patut pun Ryan Giggs ni menang anugerah ni. Dia adalah simbol pemain bola sepak sebenar. Bukan macam Ronaldo. Beliau tak pernah merungut pasal gaji. Ronaldo? Asik nak naik gaji. Beliau setia dengan Manchester United. Ronaldo? Walaupun masih bersama MU, tapi dia ada cakap yand dia berkeinginan nak main kat Real kn?


So, aku memang setuju sangatlah bila Giggs menang anugerah ni.Dan kemungkinan, pada umur 35 tahun sekarang ini, beliau akan menambah jangka kontrak beliau bersama Manchester United lagi satu season lagi. Bagi aku, dia ni adalah legend. Bak kata Nami, dia dah main kat Manchester United tu sebelum Kiko Macheda hidup lagi.


Malam ini bermulalah perlawana separuh akhir Champions league. 1st leg antara Chelsea dan Barcelona. Barcelona menjadi favorite aku untuk mara ke perlawanan akhir. Tapi Chelsea pun macam tengah gah je sekarang ni. Bak kata member aku, boal tu bulat, macam-macam boleh jadi. Dah kalo bola tu 4 segi, macam mana pulak la ko nak main bola? Maksud sebenar dia, dalam bola sepak ni, macam-macam benda boleh terjadi. Kira macam unpredictable la. So, to both Chelsea and Barcelona fans, tawakal la banyak-banyak ye. Sebabnya, tak ada apa pun yang korang boleh usaha untuk bagi team korang menang. Cakaplah korang nak buat solat hajat untuk pastikan team korang menang kn? Baik lah korang buat solat hajat untuk hajat yang lain.


Aku pulak akan bertawakal esok. hahaha... Manchester United Vs Arsenal.

Glory~ Glory~ Man United~

Wednesday, April 22, 2009

Perlukah?

Hari ini aku ada kelas. Satu je. Dari pukul 11.00 a.m sampailah 1.00 p.m. Dan itu sahajalah kelas aku dalam satu minggu sehingga akhir semester ni. Tapi hari ini aku kena bangun awal. Sebabnya, aku kena pergi jumpa lecturer 'mat saleh' aku, Mr. Scott kt bilik beliau. Dia nak semak exercise yang dia bagi, dan student kena jumpa dia sebelum kelas hari ini. Exercise tu kena buat ikut group FYP. So, petang semalam baru group aku punye siap. Semangatlah saya pergi mencetak hasil kerja untuk dihantar. Bilas sampai depan bilik beliau, pintu sudah berkunci. Kenalah patah balik ke hostel.


Yang buat aku semangat (baca: terpaksa) nak jumpa dia pagi tadi jam 9.00 a.m adalah kerana phrase beliau ini; "Those who failed to meet me with a complete excercise will not be allowed to enter the next class". Dan kelas hari ini, beliau mengajar tajuk baru yang sangat pening dan memeningkan. Nasib baiklah aku pergi jumpa beliau pagi tadi. Weh, aku orang yang pertama tau jumpa belia pagi tadi, lepas tu ada lagi beberapa group yang menyusul tiba. Tapi yang pentingnya aku group yang pertama. Walaupun last minute. But, better late than never kn? kn? kn?


Lepas abis kelas tadi, aku dan Amir bawak Sry pergi cari kedai yang menyediakan perkhidmatan mencetak baju (t-shirt printing, sila fahami). Sry dapat baju Hard Rock Cafe Jakarta drpd 'ehem2' dia. Tapi, ada tanda salib. Actually, gambar pedang yang nampak ciri2 salib tu. So, dia nak tenggelamkan tanda tu dengan cara mencetak apa-apa corak di atas tanda tersebut. Pembaca semua faham? So, lepas mencari akhirnya jumpa juga kedai mencetak baju tersebut.


Perhatian: Di luar kedai tersebut ada tertulis, tiada had untuk mencetak baju, dari 1 hingga seberapa banyak yang diingini. Pun begitu, ianya tiada kaitan dengan cerita selepas ini.Harap Maklum.


So, Sry terangkanlah kat sorang pak cik ni (aku rasa owner kedai tu). Mula-mula pak cik ni nampak macam best je dilayan bercakap. Tapi, ternyata pak cik ni tak pandai sembunyikan perasaan tidak mahu memberi perkhidmatan kerana sikap Sry yang agak cerewet. Masa dok cakap yang 'ehem2' Sry yang bg baju tu pak cik tu cakap macam ni " Daripada baju ni kita boleh tau 'MASJID' mana yang orang ni pergi sembahyang". Aku tersentak jugak la bila dengar apa yang pakcik tu cakap. 'ehem2' Sry tu seorang lelaki melayu yang beragama Islam. Jadi, kiranya tidak melampaui batas kalau aku cakap pakcik tersebut agak BODOH dan BERFIKIRAN PENDEK kerana bercakap tanpa berfikir dan soal selidik dahulu.


Lepas tu dia cakap lagi camni " Kuat juga IMAN budak2 ni ye, ingatkan TAKDE..(terhenti sekejap).. tak kuat". Walaupun kita nampak bahawa pak cik ni da panda SEDIKIT untuk berfikir, tapi waktu beliau berfikir itu adalah tidak tepat. Sepatutnya beliau berfikir SEBELUM bercakap, bukannya SEMASA bercakap. Sekali lagi, BODOH adalah perkataan yang tepat untuk pak cik tersebut.


Pada pendapat aku, pak cik ini jenis seorang melayu yang suka menilai seseorang daripada luaran. Zahiriah (betul ke?) Bukan dari segi dalaman. Aku tak expect pun pak cik ni reti menilai dalaman seseorang sebab dia ni jenis berfikiran pendek. Amir pakai baju t-shirt, seluar 3/4 dan sunglasses. Dia memang gila2 sikit. So, dia menilai yang kitorang ni macam orang yang berada, walhal, pada masa itu, duit dalam wallet aku ni tak sampai RM 10 pun. Dia ada bagitau yang pelajar MFI ada yang berniaga melalui beliau dengan menempah baju dan menjual kepada rakan-rakan. Lepas tu dia cakap macam ni kat kitorang " Tapi korang anak-anak orang berada ni tak payahlah buat kerja macam tu, buang masa je. Funa je duit mak bapak bagi tu" WTF pak cik? Pak cik ni dah bodoh sangat atau apa? Aku yang dah sakit hati, terus keluar daripada kedai tu, tinggalkan Amer n Sry kat dalam.


Aku bukan nak jadi kurang ajar ke biadap ke ape ke. Tapi kalau korang sendiri berdepan dengan pak cik ni, apa perasaan korang? Eh, kira nasib baiklah aku ni beradab lagi tau, kalau tak, 'middle finger' aku ni + maki hamun dan sumpah seranah dan menjengah anak mata dan cuping telinga pak cik tu tau. Nasiblah aku simpan dalam hati dan luahkan kat blog ni. Nasiblah ko pak cik, kalo ko jumpa blog ni, PADAN MUKA KO dan SEDAR DIRI sikit sebelum nak cakap pasal orang lain. Idiotics~ Sarcastic~ Spastic~ dan sume 'stic' yang negative lah pak cik oi..


Dan kemudian kami pergi bermain bowling sebelum pulang semula ke hostel. lalalalala~


~sign out~

Saturday, April 18, 2009

Rambut Panjang, Kena Potong.

"Kau nak pegi mana ni?", kata driver bas yang bajet bagus.
" Saya nak pergi register la", jawab aku dengan sopan.
" Dengan rambut ko mcm ni, ni bukan nak pergi register ni. Ko pergi potong rambut ko dulu", kata driver bas tu balik.
" Patutla ko jadi driver bas je. Otak pun sempit. Muka pun xdela hensem mana, kalo mintak nk jadi model memang confirm kena reject la. Tambahan lagi, ko lg pendek daripada aku", kata aku dalam hati je.

Aku pun blah ke kedai gunting rambut.


Senario di atas terjadi masa aku nak register masuk sem baru kat tempat belajar aku ni. Yang tegur tu, macam yang aku ckp kat atas tu, adalah seorang pak cik yang memandu bas tempat blajar aku. Aku pun tak tau la kenapa dia pula yang kecoh-kecoh pasal rambut student.


Aku memang tak setuju sangat lah dengan peraturan tak boleh berambut panjang kat sini. Walaupun rambut aku tak ada panjang macam Maya Karin dalam citer PHSM tu, tapi, setiap sem aku kena halau. Ceh~ Kalau cakap slow-slow tu takpe la. Ni dier tengking time tengah ramai student nak masuk daftar. Muka aku yang putih nimemang nampak merah la, sebab malu. Kalaulah dunia ni tak ada peraturan, pak cik tu memang da dpt 'middle finger' da drpd aku dengan ikhlas hati. Pastu aku bg "stunner" yg macam Stone Cold slalu buat tu. Tapi apakan daya, dunia ini ada peraturan.


Aku tak taulah apa masalahanya bila student berambut panjang. Apa, kalo rambut panjang otak boleh jadi lembap ke? Kalau rambut panjang boleh jadi penyangak ke? Kalau rambut smart2 tu bijak bestari ke? baik ke? Cube tengok gambar Einstein, rambut dier ader sikat belah tepi ke belah tengah ke? Kemas ke rambut dia? Hish~ Kalau zaman skola dulu boleh la nak marah-marah student rambut panjang. Ni da msuk IPT kot. Umur pun da 18 ke atas. Masing-masing tau da jaga diri dan penampilan masing2, walaupun ada segelintir yang masih dungu tak reti jaga diri.


Yang buat aku marahnye, adalah cara 'beliau' si pemandu bas itu menegur student. Macam student tu da rompak rumah dier plak. Macamlah student tu dah pecahkan cermin kereta dier plak. Ish, kalaulah aku kena mcm tu masa zaman sekolah, memang confirm da cermin keta beliau pecah petang tu. Nasib la skang ni da boleh berfikir secara rasional sikit. Aku tak faham kenapa beliau perlu menengking student. Adakah kerana beliau memandang rendah pada student? kalau ya, aku rasa tak patut. Ni aku cakap dengan ikhlas ati ni. Kalau betul la dier pandang rendah kat student, lepas grad nanti aku nak ajak ramai2 pergi jumpa dier, pandang rendah kat dia plak. Walaupun, sekarang ni memang aku pandang rendah kat dia sebab dia lagi pendek kat aku, tapi pas grad nanti, lagi bagus lepas dda dapat kerja la, terjamin sikit masa depan, aku nak g ramai2 pandang rendah kat dia. Driver bas dan engineer.


Aku bukannye jenis yang suka memandang rendah kat orang lain. Tapi, bila orang da pandang rendah kat aku, tapi dia tak sedar diri, kenapa pulak aku nak hormat dan pandang tinggi dia kan? Kalau mak cik cleaner tu baik dengan aku, aku takde hal pun nak baik dengan dia. Aku tak kan pandang rendah kat dia pun. Sebab dia baik, dan hormat pelajar. Bila orang hormat aku, aku akan hormat dia. Bila orang tak hormat aku, aku akan 'ludah' beliau. 'Ludah' dalam ayat tersebut hanyalah sebagai hiperbola ye. Aku masih lagi beradab dan tak akan meludah orang lain.


Bermula 20 April ni, diorang nak buat spot-check rambut. Macam zaman skola x? Spot-check rambut? Oi, da xde keje ke? Sampai nak buang masa g buat spot-check? Dokumen-dokumen kat ofis tu da abis filing da ke? Pak guard pun sama, g jaga hostel elok-elok dulu la baru wat spot-check rambut. Ini tidak, laptop asikla kena rembat kat hostel. Pak guard buat apa? Tido je ke? Buat benda yang penting dulu la, baru boleh buat benda kurang penting.


Aku sangat bersyukur sebab hanya tinggal lagi 2 bulan je lagi aku tinggal kat sini. Tak perlu aku mengadap segelintir staff yang berat sebelah dan memilih bulu ni. Tak payah aku nak adap pak guard dan driver yang bajet bagus ni lagi. Yosh~


~sign out~

Thursday, April 16, 2009

Champions League 2nd leg games

Mien had stated that i always talk about football here in this blog. Well mien, it's football season. At least i think so.. So, i wanted to talk about football for a while. It's champions league la mien, though, i don't know whether you know bout it or not. hehehe... And now, back to the topic.


I watched last night match between Man United and Porto. It's a very interesting match i can say. Ronaldo's goal was brilliant. As far as 35 yards, he smash the ball across the goal. I'm very-very happy that Man United can proceed to semi-final. Some more, they are the first English team that win their match at Estadio Do Dragao. That's like killing 2 birds with one stone.


The match between Liverpool and Chelsea wasn't bad too. I think, it's more dramatic and interesting than Man United vs Porto. At first, I really thought that Liverpool can overcome the massive difference. But in the end, Chelsea proved that they are the better side.


So, the semi-final match will be played as followed:

Manchester United Vs Arsenal.

Chelsea Vs Barcelona.


But first, Man United need to face Everton in the FA Cup. Quintuple~ Quintuple~ It's still in the range of possible.


And Liverpool now only have their eyes for the BPL. Which means that they can concentrate more. It'll be very risky for Man United i think. But as long as Man United keep up their good form, Liverpool isn't going to be a big deal.


As the Red goes marching up, up, up!!!!

Tuesday, April 14, 2009

The Impossibles and The Possibles..

Tonight will be the matches between Barca Vs Bayern and Liverpool Vs Chelsea.


It's impossible for Bayern to outcome the 4 goals lead by Barca.
It's impossible for Liverpool to win at Stamford Bridge with at least 3-0.


But, Bayern won against Sporting with the agg. of 12-1. It shows that Bayern can scores.. a lot.. Can they do the same things to Barca? Frankly, i don't think they can. An Liverpool, this is an interesting match, they beat Blackburn 4-0. If they play against Chelsea the way they play against Blackburn, i think, they can overcome Chelsea, no probs. I can say that Barca will proceed to the next level, easy.... But Chelsea? After conceding 3 goals in 9 minutes, they'll need a lot of boost in the defence.


Well, I'll be watching tomorrows game. Man United Vs Porto and Arsenal Vs Villareal.


Man United need to be the first English team to win at Estadio Do Dragao. A 1-0 win will be enough for Man United to proceed to the Semi. But, Porto only need a draw. So, like it or not, Man United need to defence and attack at the same time. With Rio Ferdinand back as regular, defence will not be a big prob. And i didn't study much for the Arsenal Vs Villareal match. Either time need 1-0 win to proceed. So, let's enjoy this week UCL games guys.


Glory~ Glory~ Man United!!

Thursday, April 9, 2009

Champs League~

Minggu ni memang tengah hangat pasal Champions League. 2 mlm yg lepas, ada match MU vs Porto. YG tu je ak nk highlight. Yg len aku x amik tau sangat. Sebab aku ni fan MU. Mlm td plak ada match Barca vs Bayern ngan Liv vs Chelsea. Dua2 game mlm td memang menarik Sebab Bayern yang nampak garang sblm ni, lepas belasah sporting 12-1 agg, kalah 4-0 semalam. Dan Liv yg sombong, bongkak, takbur managernya tu, kalah 3-1 semalam.


Pasal match MU plak, aku cam tensen je tgk mase 1st half. Sbb defence teruk giler. Control ball pun teruk. Macam main masa lawan Inter, tapi kali ni agak teruk sikit la, sebab bolos 2 biji. Bila lawan da gol 2 biji di tempat MU, ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, ataupun diambil mudah. Untuk menang, MU kena jaringkan sekuran-kurangnya 3 gol di tempat lawan nanti. Dan yang memeritkan lagi, tiada English team yang pernah menang lawan Porto di Estadio do Dragao. huhuhu.. Sebagai penyokong MU, fakta ini sangat mengguarkan dan mengganggu ketenteraman jiwa.


Aku rasa Fergie kena wat sikit pertukaran kot masa main kat Estadio do Dragao nanti. Neville tu aku rasa elok digantikan dengan Rafael. Defend yang lain tu da kire ok da. Biar Vidic, Evra, Rafael dengan O'She main defender. O'Shea lak main cam xbest je aritu, kalaulah Ferdinand tak injured.. Aku rasa Tevez patut digandikan dengan Rooney. Giggs dengan Ronaldo main winger. Scholes dengan Anderson main midfielder. Aku rasa kalau ni la line up Fergie mase main away, pastu players main ok cket, cket je, drpd macam diorang main mase lawan Inter dulu, sure MU bleh menang.


Dan aku rasa, Ronaldo perlu belajar untuk mengimbangi badan. Kalau jatuh dapat free kick xpela, ni da la jatuh, free kick xdpt, defend la kena serang. Wastefull. Aku harap-harap sangat la MU menang 2nd leg nanti. Huhuhu... Pastu jumpe Barca masa semi, sbb Bayern xde harapan da tu. hahaha... Pastu masa final jpe Chelsea balik. Hahaha... It'll be a great final. Again.. Yup2...

Glory..Glory.. Man United!!

Wednesday, April 1, 2009

Tagged By Ez...

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :
1. High School's friends call me : Ah Teng

2. Then i transfer to new school : KOE
3. My family call me : Muhammad & Khalil
4. Friends at hometown call me : Jek
5. My lecturers call me: Khalil

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
1. 13th May - My Birthday

2. 4th Nov - My dad's birthday
3. 12th Dec - My Mom's Birthday
4. err.. 16th May - Teacher's day. hahaha...


FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES :
1. Friendster

2. Blogging
3. Watching Korean movies
4. Facebook

FOUR WAYS TO BE HAPPY :
1. Hang out with frens

2. Watch movies
3. Sit and relax
4. Call some friends

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :
1. Primary schools teachers and friends

2. Secondary schools's teachers and friends
3. GiatMara's classmates and teachers
4 My late grandma (mom's side) and grandpa (Father's side)

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :
1. Sony Ericsson Idou

2. iPhone 3G
3. New lappy
4. Asics OT 

FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :
1. Online

2. Futsal
3. Sleep
4. Eat

FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :
1. Paris

2. UK
3. Indonesia
4. PNG

FOUR FAVOURITE DRINKS :
1. Ice tea

2. Ice Milo
3. Plain water
4. Apple Juice

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG/HANDBAG :
1. Lappy

2. Pens
3. Books
4. External Hard Disk

FOUR FAVOURITE COLORS :
1. Green
2. Red

4. Turqoise
5. Purple

TOP FOUR HANGOUTS :
1. Sports Complex Cafe

2. Hostel's Cafe
3. Port Lepak Restaurant
4. Old Town

TOP FOUR U LOVE SO MUCH :
1. Allah and rasul
2. Family
3. Friends
4. My life

TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :
1. My Handphone

2. My shoes
3. Lappy
4. Cigarretes

TOP FOUR WHO YOU WILL TAG :
Tqa Zack, Dyana, Mien, Nani

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :
1. I'm bored

2. I love tag~ hahaha...
3. Because it's a tag, n u have to do it. eh?
4. I dunno