Thursday, April 30, 2009

Tag (Dalam bahasa melayu apa maksudnya?)

Sila jawab dalam bahasa Melayu (Malaysia) sahaja..

1. Kekasih saya adalah :
Errr... Keluarga saya..

2. Saya sedang mendengar :
Bunyi kipas angi berpusing di dalam bilik saya

3. Mungkin saya patut:
Menghidupkan penyaman udara kerana agak panas sekarang ini..

4. Saya baru sudah :
Mandi dan menyegarkan diri...

5.Beza rakan, sahabat, kawan :
Tiada beza dari segi definisi, tetapi berbeza dari segi ejaan, sebutan dan yang berkait..

6.Saya tidak faham :
Bagaimana untuk mengubah fail CSS...

7.Saya perlu mencari :
Ilham bagaimana untuk mengubah fail di atas secara lebih efektif lagi.

8.Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya :
"Ayah mana?", tanya umi saya.

9.Makna kehidupan :
Mengabdikan diri pada Tuhan yang Esa, disamping membantu sesama insan. (Tapi saya tidak seperti yang disebutkan)

10.Cinta itu adalah:
Perkataan yang terhasil daripada huruf C.I.N.T.A.. Anda faham?

11.saya paling suka :
Buat masa ini, berkaraoke bersama rakan-rakan yang bersuara ala2 Awie, Amy Search dan vokalis Kerispatih. Hahaha.. Owh dan Exists juga..

12.Saya akan cuba :
Untuk menyiapkan projek tahun akhir saya mengikut perancangan yang telah ditetapkan mahupun dirancang.

13.Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka :
Mungkinkah kerana rakyat Malaysia begitu 'sayang' pada 'Pak LAH'?

14.Telefon bimbit saya :
Boleh digunakan untuk memanggil dan mengirim pesanan ringkas dan juga panggilan video, dan mendengar lagu, dan menonton video dan bermain permainan (game) dan mengambil gambar.

15.Katil saya :
Dua tingkat di rumah dan satu tingkat di asrama.

16.Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya :
Anda ini Melayu atau Cina?

17.Teknologi adalah :
Sama seperti 'cinta', tetapi teknologi terhasil daripada gabungan huruf T.E.K.N.O.L.O.G.I.. Harap anda faham juga..

18.Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak :
Owh, air masak sememangnya masakan saya yang paling hebat. Hanya daripada pengamatan sahaja saya sudah pandai memasak air masak.

19.Semalam :
Semalam datang dahulu sebelum hari ini.

20.Hari ini :
Datang selepas semalam LAH.. Adoiyai..

21.Malam ini saya akan :
Berfoya-foya bersama rakan-rakan.

22.Esok pula saya akan :
Tidur sampai ke petang mungkin, akibat daripada penat berfoya-foya pada malam ini.

23.Saya betul2 inginkan :
Kebebasam Keadilan, Kejujuran dan Ke-'ape-ape' je lagi.

24.badminton atau futsal :
Ya, saya mampu untuk bersaing dalam kedua-dua sukan tersebut. Mengapa?

25.karaoke :
Aktiviti yang digilai rakyat A4-9-10. Hahaha...

26.kereta :
Kereta mampu membawa saya ke destinasi yang ingin dituju. Malangnya, saya tidak memiliki kereta, mahupun cermin-sisi kereta.

27.Bilik yang terang atau gelap :
Bergantung pada iman dan takwa.

28.Makanan jepun adalah :
Saya tidak boleh makan sushi (makanan jepun).. Ia membuatkan saya teringat pada mulut ikan yang disiang hidup2.. Sadis~

29.Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang?
"Ayah kat masjid lagi", balas aku kepada umiku. (Rujuk no.8)

30.Siapa yang anda nak Tag?:
Nami, Ez, Tiqa, Basuh baju dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment