"Kau nak pegi mana ni?", kata driver bas yang bajet bagus.
" Saya nak pergi register la", jawab aku dengan sopan.
" Dengan rambut ko mcm ni, ni bukan nak pergi register ni. Ko pergi potong rambut ko dulu", kata driver bas tu balik.
" Patutla ko jadi driver bas je. Otak pun sempit. Muka pun xdela hensem mana, kalo mintak nk jadi model memang confirm kena reject la. Tambahan lagi, ko lg pendek daripada aku", kata aku dalam hati je.
Aku pun blah ke kedai gunting rambut.
Senario di atas terjadi masa aku nak register masuk sem baru kat tempat belajar aku ni. Yang tegur tu, macam yang aku ckp kat atas tu, adalah seorang pak cik yang memandu bas tempat blajar aku. Aku pun tak tau la kenapa dia pula yang kecoh-kecoh pasal rambut student.
Aku memang tak setuju sangat lah dengan peraturan tak boleh berambut panjang kat sini. Walaupun rambut aku tak ada panjang macam Maya Karin dalam citer PHSM tu, tapi, setiap sem aku kena halau. Ceh~ Kalau cakap slow-slow tu takpe la. Ni dier tengking time tengah ramai student nak masuk daftar. Muka aku yang putih nimemang nampak merah la, sebab malu. Kalaulah dunia ni tak ada peraturan, pak cik tu memang da dpt 'middle finger' da drpd aku dengan ikhlas hati. Pastu aku bg "stunner" yg macam Stone Cold slalu buat tu. Tapi apakan daya, dunia ini ada peraturan.
Aku tak taulah apa masalahanya bila student berambut panjang. Apa, kalo rambut panjang otak boleh jadi lembap ke? Kalau rambut panjang boleh jadi penyangak ke? Kalau rambut smart2 tu bijak bestari ke? baik ke? Cube tengok gambar Einstein, rambut dier ader sikat belah tepi ke belah tengah ke? Kemas ke rambut dia? Hish~ Kalau zaman skola dulu boleh la nak marah-marah student rambut panjang. Ni da msuk IPT kot. Umur pun da 18 ke atas. Masing-masing tau da jaga diri dan penampilan masing2, walaupun ada segelintir yang masih dungu tak reti jaga diri.
Yang buat aku marahnye, adalah cara 'beliau' si pemandu bas itu menegur student. Macam student tu da rompak rumah dier plak. Macamlah student tu dah pecahkan cermin kereta dier plak. Ish, kalaulah aku kena mcm tu masa zaman sekolah, memang confirm da cermin keta beliau pecah petang tu. Nasib la skang ni da boleh berfikir secara rasional sikit. Aku tak faham kenapa beliau perlu menengking student. Adakah kerana beliau memandang rendah pada student? kalau ya, aku rasa tak patut. Ni aku cakap dengan ikhlas ati ni. Kalau betul la dier pandang rendah kat student, lepas grad nanti aku nak ajak ramai2 pergi jumpa dier, pandang rendah kat dia plak. Walaupun, sekarang ni memang aku pandang rendah kat dia sebab dia lagi pendek kat aku, tapi pas grad nanti, lagi bagus lepas dda dapat kerja la, terjamin sikit masa depan, aku nak g ramai2 pandang rendah kat dia. Driver bas dan engineer.
Aku bukannye jenis yang suka memandang rendah kat orang lain. Tapi, bila orang da pandang rendah kat aku, tapi dia tak sedar diri, kenapa pulak aku nak hormat dan pandang tinggi dia kan? Kalau mak cik cleaner tu baik dengan aku, aku takde hal pun nak baik dengan dia. Aku tak kan pandang rendah kat dia pun. Sebab dia baik, dan hormat pelajar. Bila orang hormat aku, aku akan hormat dia. Bila orang tak hormat aku, aku akan 'ludah' beliau. 'Ludah' dalam ayat tersebut hanyalah sebagai hiperbola ye. Aku masih lagi beradab dan tak akan meludah orang lain.
Bermula 20 April ni, diorang nak buat spot-check rambut. Macam zaman skola x? Spot-check rambut? Oi, da xde keje ke? Sampai nak buang masa g buat spot-check? Dokumen-dokumen kat ofis tu da abis filing da ke? Pak guard pun sama, g jaga hostel elok-elok dulu la baru wat spot-check rambut. Ini tidak, laptop asikla kena rembat kat hostel. Pak guard buat apa? Tido je ke? Buat benda yang penting dulu la, baru boleh buat benda kurang penting.
Aku sangat bersyukur sebab hanya tinggal lagi 2 bulan je lagi aku tinggal kat sini. Tak perlu aku mengadap segelintir staff yang berat sebelah dan memilih bulu ni. Tak payah aku nak adap pak guard dan driver yang bajet bagus ni lagi. Yosh~
~sign out~
Saturday, April 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment