Tuesday, April 28, 2009

Aku selalu sangatlah menghadapi kesukaran untuk memikirkan tajuk yang sesuai untuk setiap entry aku. Sebabnya, entry aku selalunya mengandungi lebih dari satu kisah. Sebabnya, aku selalu mencipta entry tanpa merangka terlebih dahulu. Semuanya aku buat secara spontan. Sebab tu kalau korang baca entry aku yang sebelum-sebelum ini (dan juga yang ini), agak kelam kabut susunan ayat dan jalan cerita. Ceh, macam la aku menulis Cerpen atau Novel pula kan. Hahaha...


Sedikit komen mengenai entry daripada blog Nami yang bertajuk Liberalisasi Tengkorak Kau! (sila baca dahulu untuk kefahaman yang lebih efektif). Aku setuju dengan pendapat nami, bahawa apa yang sedang dilakukan oleh Ketua Kampung kita ini adalah seperti membenarkan kita dijajah semula. Bukan melalui peperangan, tetapi melalui dokumen-dokumen dan tandatangan pelabur asing.


Kuota 70% yang diberikan kepada warga asing atau Bank Negara lain adalah seperti membenarkan mereka untuk menguasai 70% kewangan kita.. Ya, kita semua rakyat Malaysia. Duit itu ekonomi, dan ekonomi itu sangatlah penting bagi sesebuah negara. Tapi, bila ekonomi sesebuah negara itu dikuasai oleh kuasa lain, bukan negara itu sendiri, bukankah ianya sama seperti negara itu dijajah? Macam mana Ketua Kampung kita ni boleh terfikir untuk menguruskan ekonomi negara dengan cara ini?


Ok, habis bab ekonomi. Masuk bab bola. (kan aku da cakap entry aku ni ader lebih dari satu kisah)


Ryan Giggs dinobatkan sebaga FA Best Player. Setelah bermain selama 18 tahun dalam kelab Manchester United, ini adalah kali pertama beliau memnangi anugerah tersebut. Secara peribadi, aku rasa memang patut pun Ryan Giggs ni menang anugerah ni. Dia adalah simbol pemain bola sepak sebenar. Bukan macam Ronaldo. Beliau tak pernah merungut pasal gaji. Ronaldo? Asik nak naik gaji. Beliau setia dengan Manchester United. Ronaldo? Walaupun masih bersama MU, tapi dia ada cakap yand dia berkeinginan nak main kat Real kn?


So, aku memang setuju sangatlah bila Giggs menang anugerah ni.Dan kemungkinan, pada umur 35 tahun sekarang ini, beliau akan menambah jangka kontrak beliau bersama Manchester United lagi satu season lagi. Bagi aku, dia ni adalah legend. Bak kata Nami, dia dah main kat Manchester United tu sebelum Kiko Macheda hidup lagi.


Malam ini bermulalah perlawana separuh akhir Champions league. 1st leg antara Chelsea dan Barcelona. Barcelona menjadi favorite aku untuk mara ke perlawanan akhir. Tapi Chelsea pun macam tengah gah je sekarang ni. Bak kata member aku, boal tu bulat, macam-macam boleh jadi. Dah kalo bola tu 4 segi, macam mana pulak la ko nak main bola? Maksud sebenar dia, dalam bola sepak ni, macam-macam benda boleh terjadi. Kira macam unpredictable la. So, to both Chelsea and Barcelona fans, tawakal la banyak-banyak ye. Sebabnya, tak ada apa pun yang korang boleh usaha untuk bagi team korang menang. Cakaplah korang nak buat solat hajat untuk pastikan team korang menang kn? Baik lah korang buat solat hajat untuk hajat yang lain.


Aku pulak akan bertawakal esok. hahaha... Manchester United Vs Arsenal.

Glory~ Glory~ Man United~

No comments:

Post a Comment