Saturday, March 28, 2009

Dengkikah?

Entah macam mana entah tadi, aku boleh pulak terbaca akhbar Utusan. Ini semua sebab ketiadaan wireless di kedai makan kat kampung aku. Kalau tak, tak akan aku pandang punya surat khabar tu. I've nothing against the newspaper. Really. Saja nak cakap macam tu. Tengah aku selak-selak (akhbar bukan kain orang) tadi, of course la banyak citer pasal perhimpunan geng-geng Chronic Cronism (menurut Nami dan Ez). Aku tak nak sentuhlah pasal hal-hal tu. Bosan.


Aku terbaca pasal saranan seorang mamat ,yang aku tak tahulah kenapa dia ni cukup dengki dan busuk hati, meminta kerajaan menarik balik biasiswa yang diberikan kepada pelajar-pelajar luar negara yag menyokong pembangkang. Katanya, pelajar-pelajar ini terutamanya di Mesir mendapat sambutan yang luar biasa. Takut ke? Atau mamt ni saja nak tunjuk hebat masa berucap dalam mesyuarat chronic cronism ni, supaya di masa akan datang mamat ni dapat simpan sedikit duit dan tidak perlu berbelanja besar untuk dicalonkan dalam MT, malahan Presiden Chronic Cronism nanti?


Mengapa perlu ditarik balik tawaran biasiswa yang telah diberikan? Adakah kerana biasiswa tersebut diberikan oleh kerajaan? Ni aku yang dok kat dalam negara ni nak tanya sikit la kat mamat yang dok kat Southampton ni. Dengan menggunakan otak yang diberikan oleh Tuhan, ko rasa mana kerajaan dapat duit untuk bagi biasiswa tu? Pak Lah sponsor ke? Najib invest ke? Ke duit rakyat yang membayar cukai? Ni satu lagi soalan CEPUK emas, dalam syarat-syarat masa memohon biasiswa tu, ada tulis ke "PENYOKONG PARTI PEMBANGKAN TIDAK LAYAK MEMOHON". Ade ke? Tak ada kan?


Cakap guna otak la bro. Jangan guna nafsu nak tunjuk belang je bila bercakap. Orang bodoh depan ko masa tu boleh la ko nak 'kencing'. Tapi kat luar ni, ramai manusia yang lagi bijak daripada orang2 depan ko masa tu. So, think before you talk.


Aku sebenarya tak kenal pun mamat tu. Nama dia pun baru 1st time aku baca tadi. Sebelum ni aku tak ada la tak suka dia ke apa ke. Tapi lepas aku baca statement dia, sakit hati la pulak. PHD penuh di hati. Bukan PHD kazakhstan. Ni PHD pure dari Malaysia. Perasaan hasad dengki bila tengok orang lain lebih daripada dia. Ni lah langkah-langkah yang diambil oleh looser-looser macam mamat tu bila ada orang lebih bagus dari dia. Persatuan chronic cronism tak dapat sambutan dari pelajar malaysia di luar negara. So, sapa yang tak join persatuan dia, tak boleh pergi luar negara. Akhirnya, memang orang dia je la yang dapat belajar kat luarnegara. Banggalah mamat tu bila semua pelajar luar negara join persatuan tu. Ceh~ Busuk punya hati.


Mana pergi demokrasi yang disebut-sebut? Bagi diorang, demokrasi adalah demokrasi bila ianya memnuhi citarasa diorang. Kalo diorang tak suka, tak boleh. Itu diorang punya definisi untuk demokrasi. Tak sokong diorang, tak boleh dapat biasiswa. Tak sokong diorang, tak boleh dapat kerja kerajaan. Alahai, bangangnyalah diorang ni. Haih~


Tak mo cakap banyak, nanti bertambah pulak dosa aku ni...


~sign out~

Thursday, March 26, 2009

Berakhirnya Mid-term exam~

Huish, rasa macam da lame sangat la pulak tak berblogging ni.. Padahal tak ada lama mana pun kan? Korang tak rindu aku pun kan? kan? hahaha...


Em, minggu ni merupakan minggu exam. So, aku ngan kawan-kawan aku yang mana semuanya merupakan last-minute persons mulalah berstudy unyuk menghadapai exam. Ala, dua papers je. Network Management System and Apps ngan Industrial Management. Hari rabu hari tu turn paper network management. So, malam sebelum exam tu la baru kitorang semua nak mula study. Petang tu aku da siap-siap buat nota dah. Ini merupakan lumrah kehidupan aku sebagai student. Paper esok hanya akan diulangkaji pada hari ini. hahaha.. Nasib baiklah aku boleh jawab.


Tadi pulak turn paper Industrial Management. Yang ini ader susah sikit. Sebabnya subjek ni fully theory. Aku pula bila bab-bab theory ni, aku kurang sikit. Tapi, nak lulus punya pasal kena gak study. Mula la aku jadi macam hard disk computer, store nota2 dalam otak ni. Pastu bila jawab tadi, pening gak la kepala. Aku rasa boleh la kalo nak pass paper tu. hahaha...


Baru jap tadi, ada game takraw dengan staff. Haih~ MACAM BIASA, kitorang kalah. NetSec kena badi ke ape ni? haih~ takpe lah, yang penting aku dan rakan-rakan enjoy bermain tadi. Gelak sampai nak pecah perut pun ader gak.


~sign out~

Friday, March 20, 2009

Bosan di kala malam menjelma~

Peringatan: Walaupun tajuk post kali ini agak berpuitis (baca: berbunga-bunga), tapi kandungannya tak ada lah berbunga pun, malahan berdaun pun tidak, apatah lagi berbatang (ini sudah jauh menyimpang).





Hari ini aku makan malam di luar bersama rakan-rakan aku. Pada kebiasaannya, aku hanya makan malam di cafe asrama yang mana mejanya ibarat 'jongkang-jungkit' dan kerusinya ibarat 'i-gallop' ogawa tu. Kami mencuba makanan disebuah kedai makan yang belum pernah kami kunjungi sebelum ini (kire nak cari new experience la). So, jumpe la satu kedai makan yang bernama 'Hot-Station'. Aku tercari-cari dimana sebabnya kedai itu dinamakan 'HOT-station'. Tapi, disebabkan perut pun dah lapar, aku tundakan dulu pencarian aku.





Sedang aku meneliti menu makanan di bawah sinaran lampu yang agak suram2 (bukan romantik), aku terpandang satu banner di hadapan kedai tersebut. Western Cuisine. Hurm, menarik. Aku memang suka mencuba western cuisine ni, sebab aku nak bandingkan rasa dan harganya dengan western cuisine di cafe ayah aku. Dalam suasan yang kelam tu, aku nampak ada menu mixed grill chicken + lamb. Aku tengok plak harganya, RM 5.00 ( itu yang aku nampak dalam suasana kelam). Murah! Hasut hati perut aku yang lapar.





Dengan selambanya, aku order nasi goreng biasasatu, mixed grill chicken + lamb satu dan air sirap limau satu. So, tengah tunggu makanan sampai, ada la dua orang awek ni lalu depan kami. Seperti lelaki-lelaki yang lain, aku 'terpandang' awek tersebut dari atas sampai bawah. Cun! kata hati nakal aku ni. Lepas tu, aku terus menunggu tanpa mempedulikan awek yang menjeling-jeling aku (ke aku perasan je?). So, nasi aku pun sampai. Tapi mixed grill aku tak sampai-sampai lagi ni. Disebabkan perut aku da lapar, aku suap nasi goreng tu slow-slow. Nak alas perut, sambil menunggu main dish aku sampai.





Akhirnya, mixed grill aku sampai. Aku terkejut tengok kandungan mixed grill tersebut. Banyak. Aku mula jeling pada banner tadi semula. Mata aku ni masih lagi mengatakan bahawa harga mixed grill tersebut adalah RM 5.00. So, aku pn terus makan sampai habis. Lepas habis hisap rokok sebatang, kami pun pergi ke kaunter untuk membayar. Tengah nak jalan ke kaunter tu, aku jeling ke banner lagi sekali (kalo tengok direct kang, orang cakap apsal plak mamat ni tengok banner ni banyak kali, lari bajet ke?). Akhirnya, aku nampak angka 15.00 di hujung pkataan mixed grill chicke + lamb tadi. Sudah~





So, aku pergi ke kaunter untuk membayar. Dengan hati yang panas sebab terkeliru dengan harga yang ditulis pada banner tersebut, ditambah pula dengan sinaran cahaya yang suram-suram, aku teringat dengan niat awal aku untuk mencari sebab kedai tu dinamakan 'HOT-station'. Sememangnya nama kedai tu sepadan dengan apa yang aku rasa sekarang. HOT! Kenapa tak boleh letak lampu kalimantan, takpun neon ke kat banner tu? Kan aku da terpaksa mencover muka yang tengah hot ni masa bayar tadi. Haih....





Salah aku atau salah pengusaha kedai tersebut?


p/s: entry ni ak da type agk lama da. tp setiap kali aku click 'Publish Post', akn jd error. Damn~ sgt menyakitkan hati bila beda tu berulang berkali-kali. pape pn enjoy la ye.

Monday, March 16, 2009

Chill Guys~

Well, after Manchester Lost at home last Saturday, i received tones of sms'es.. hahaha... Chill guys... Like Nami said 'Diorang bukan dewa, manusia biasa gak'. So, diorang pun tau penat... Lagipun menang kalah tu adat permainan. So, aku sebagai seorang hardcore fan of Manchester United, menerima kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka.


Of course la kecewa sikit. Sebab home game. Ala, ferguson tu pun manusia biasa. Bila kata manusia, memang xlari dari melakukan kesilapan. So, dia dah silap buat percaturan masa perlawanan tersebut. Pada pendapat aku, defenders yang bermain pada malam tu tersangat la teruk performancenya. Masa game dengan Inter lagi aku tengok diorang asik buat silly mistake. Tapi yang bezanya, masa lawan Inter, Scholes dengan Giggs ada. So, diorang ni dapat beck-up defend. Rooney pun banyak main defend mase lawan Inter. Masa lawan liverpool plak, Scholes n Giggs di-sub kan. Berbatov pada pandangan aku, tidak boleh bermain dengan cemerlang bila menerima tekanan yang tinggi. Aku lagi suka kalau Tevez bermain dengan Rooney di bahagian penyerang.


Ala, apa-apa pun, points difference still ada 4 n Manchester ada 1 game in hand. It's a game in the league la guys. Yang aku nampak beza points semakin berkurang. Pastu yang paling aku nampak, Manchester still on the top of the table. So, quintuple quest it still on. So, chill n relax guys.


Kepada semua fan Manchester United,Nami, Dukun dll,  kita rileks je. Wait until the end of the season. After that only we can see the true result.


Glory~ Glory Man United!!!



hahaha...

Friday, March 13, 2009

Both Left And Right~

Just a simple update regarding this blog.

Do you guys notice new widget on the right side of this blog? Hehehe... Ok, how about the new gadget on the left side? Now click the add will you? I'll really appreciate if you guys do so.. hahaha...

Now, if you say that on the right side is the Nuffnang add and on the left side is the MU widget, you guys have a problem of determine which one is left and which one is right. hahaha...

So, Click... Click... and Click on the ad ya!!
It'll be a big favor from you guys, to me.. ehehehe...

Thanx.


~sign out~

Tuesday, March 10, 2009

Top 10 My Most Favorite Love Songs (tagged by Ez)

Not an actual tag usually,but it's more to getting know which tunes can make you smile whole day and thinking about your love.All you have to do is do list,and tell why you love that love songs.Heartbreak love songs can also counts.

Warning:LOVE SONG,OKAY..

p/s:and count it backwards like 10,9,8...because I think it's fun to read that way.



Well, mine won't be as detail as Ez's. So, here it goes:


Number 10:


Title: Ku Mahu Kau Tahu
Artist: Hujan


Lagu ni kira macam lagu tema untuk aku ngan ex aku masa tgh hangat bercinta dulu. Tapi aku suka lagu ni bukan sebab ianya lagu tema kitorang. Aku suka sebab lirik dier yang menarik.




Number 9:


Title: Love Story
Artist: Taylor Swift


Lagu ni antara lagu latest yang menjadi pilihan aku untuk diperdengarkan sebelum tido. Menggambarkan kesetiaan cinta seorang perempuan yang sanggup buat apa sahaja untuk lelaki yang dicintai, sampai sanggup nak lari bersama-sama. Really nice song.




Number 8:


Title: Tapi Bukan Aku
Artist: Kerispatih


Lagu ni mula menarik minat aku bila housemate aku dok melalak nyanyi lagu ni ari2 suatu ketika dulu. Mungkin sebab dia pernah karaoke ngan awek dia nyanyi lagu ni kot. Lagu ni gak kira menjadi pilihan aku, sekiranya aku tbe2 nak bg lagu kat ex2 aku ke, sbb lirik dia memang menepati citarasa aku. hahaha...




Number 7:


Title: Stay
Artist: Estrella


Lagu ni, surely will be one of da early songs that i will dedicate to my future gf. hehehe... The title alone can show what's the song is all about. So, my future gf, learn to like dis song coz u will hear it often. hahaha...




Number 6:


Title: Dunia Batinku
Artists: Ella ft Tam Spider.


Firstly, aku agk tertarik la dengan suara Tam, sbb tu aku suka lagu ni. Aku tak berapa nak faham sangat la lirik lagu ni, tapi aku rasa tema dia macam hajat tak kesampaian ar untuk dua2 pihak. Yeke? ke minah ngan mamat ni minat antara satu sama lain, tapi masing2 da ader gf. hurm...




Number 5:


Title: Fall for You
Artist: Secondhand Serenade


Ahha~ Juga merupakan lagu yang akan aku dedicate kat future gf aku. Tonight will be the night that i will fall for you. Ayat yang aku nak highlight kan dalam lagu tersebut. Lagu yang menceritakan betapa dalamnya cinta seorang laki tu kat awek dier. Yup2.. Definitely a good love songs.




Number 4:


Title: You Raise Me Up
Artist: Josh Groban


Ya, lagu ni among the best la. Deep meaning. Lagu yg menunjukkan betapa si penyanyi menghargai org yg ditujukan lagu tersebut. Romantik2.. hahaha...




Number 3:


Title: There you'll be
Artist: Faith Hill


Aku suka lagu ni sebab, lagu ni macam mengenang balik la org yg dicintai dulu. Hey, be faithfull, walaupun da clash, surely diorang ada gak membantu mase time couple dlu kn. Kira aku hargai la jasa diorang dulu. Terima Kasih ya.


Number 2:


Title: The Power Of Love
Artist: Celine Dion


Lagu ni ex aku penah dedicate kat aku dulu. Fuh, cair kejap ar dengar lagu ni, nak2 bila awek (pada ketika itu) yg bagi. hahaha... Lyrics dier pn memang power ar, memang patut pn tajuk dia The Power of Love.


Number 1:


Title: My Only One
Artist: Yellowcard


Lagu ni, ex aku pernah tulis atas kertas, pastu hias2 cket, pastu bagi kat aku. hahaha... Citer ni berlaku masa zaman sekolah dulu. Kira, kalau dengar lagu ni, teringat balik la dengan zaman cintan time sekolah dulu. Lagu ni jd 1st song aku choose sbb, ni kire 1st song aku dpt from 1st love aku dlu. Yup2, dat's a really good reason kot. hehehe...




Ok, now i tag:


Nani
Tqa Zack (da abis final kn? haa.. mulakn menjawab sume tag2 aku)
Nani
Dyana
Mien
Bang Zai Si Tua Nyanyuk

Monday, March 9, 2009

Relationship a.k.a hubungan

Hurm.. Ak penah buka topik yang berkaitan dengan tajuk ni, tapi dalam blog yang lain. Aku terfikir nak tulis mengenai tajuk ni, masa aku on da way balik makan petang tadi. Tapi da malam baru aku mula menekan keyboard ni, sebabnya, malam ada privacy sikit. Aku tak suka memblogkan diri aku sambil ada orang yang memerhati apa yang aku tulis. Hish, pastu dok perli2 aku.. hahaha... So, sekarang ni aku tengah bebas daripada perhatian mana-mana manusia.


Hurm... Where or more correctly how should i start... Maybe a lil' bit on my past relationship will do.. Mind da words 'a lil' bit' guys...


First time aku ada gf mase form 5. Dikala calon2 SPM sedang bertungkus lumus untuk menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, aku sempat lagi bercintan-cintun. Mungkin itu merupakan salah satu sebab aku leka dan sedikit lupa akan pembelajaran aku. Lepas tu, masa aku belajar di Giat MARA ketika menunggu keputusan SPM, berakhir bila aku habis belajar di pusat tersebut.


Hubungan yang seterusnya menyusul bila aku mula belajar kat GMi ni. Berakhir lepas setahun. Dan yang akhir sekali, masa aku dekat GMi gak. Berakhir masa aku mula practical. And now, i'm a loner. Happy bersama rakan-rakan.


Jumaat ari tu, aku gerak ke Shah Alam, untuk lepak bersama seorang rakan sekelas aku masa zaman sekolah dulu. Dia baru je clash ngan awek dier, tp da dapat awek baru da. Hurm.. Good for him, sebabnya sekarang ni dia lagi happy dari dulu, katanya. Aku gerak balik dari Shah Alam pada hari sabtu. Sepanjang perjalanan yang gila jauh tu, banyak gak benda yang aku fikir. Dan observe.. hahaha...


Kenapa aku tak cari gf br? Bukan nak riak, tapi dengan paras rupa aku yang kira not bad ni, takde la hensem sangat pun, aku rasa boleh je aku cari gf br kalo aku nak. Tapi, kenapa aku tak nak? Kadang-kadang tu, dah ada depan mata, tapi aku buat-buat tak nampak. Aku akan ubah pemikiran aku supaya tidak terjebak dalam dunia tersebut. Personally, aku ada beberapa alasan yang sering aku gunakan bila aku nak mengelakkan diri aku daripada cari gf baru.


Pertama, memang betul bila ada awek, rasa cam best, ada yang akan message kita hari2, call kita. Risau bila kita sakit.. Senang citer, amik berat pasal kita. Surely, korang yang ber'awek' or ber'balak' (ish cam pelik je bunyi. u noe wut i mean la kn) akan terasa bahagia pasal benda ni kan? Bagi aku, 'kebahagiaan' ini akan hilang bila mana, aku dan perempuan tersebut bergaduh, merajuk, quarrel etc. It's a massive headache. Of coz, it's just my personal opinion.Based on aku punye experience, aku boleh hilang mood untuk melakukan sesuatu bila aku bergaduh dengan si dia. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.


It's true that nobody's perfect. Aku tau itu benar. Aku pun kira tak perfect. Sebab tu aku jadikan perkara ini sebagai alasan, walaupun aku tahu yang pergaduhan adalah merupakan lumrah dalam setiap hubungan. See what i mean? Nobody's perfect. hehehe...


Kedua, secara peribadinya, tabiat aku bila ada gf dlu, aku suka sangat bercakap melalui telefon berjam-jam. Malas nak tekan2 handphone ni, lmbt. Kalau call blh dgr suara. Best sikit. hahaha... Natijahnya, mula la aku top up tak ingat dunia. Lepas tu, kering sampai tak cukup duit nak makan. Berdasarkan pengalaman aku yang lepas, sekarang ni duit aku lebih jimat kerana jarang-jarang aku top up kredit handphone aku. Tapi kat rokok tu memang aku tak nafikan, banyak gak bazirnya.


Ketiga, bila tak ada gf ni, aku terasa bebas nak buat apa saja. Nak lepak dengan lama-lama dengan kawan2 pun boleh. Sebab, dlu sume awek aku marah aku lepak lama-lama ngan kwn2 aku. Bila da lepak dengan kawan2, takde bilanya aku nak reply message or jwb phone. Leka dah.. hahaha.. Aku juga bebas nak berkawan dengan sipa yang aku nak, tak kira lelaki ke perempuan ke, tanpa perlu bimbang yang aku akan membuat sape2 je cemburu mahupun terasa hati. Pendeknya, aku tak suka terkongkong dengan hubungan dan perasaan orang lain.


Peringatan kepada pembaca, semua yang ditulis di atas dan di bawah selepas ini adalah pendapat aku secara peribadi. Ianya bukanlah fakta atau tips2 yang diambil dari mana-mana sumber lain. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri.


Nah, sekarang ni aku sedang 'sibuk' menyiapkan final year project aku. Katakanlah aku ada gf sekarang ni, tiba2 masa tengah hecti nak siapkan project, leh lak aku bergaduh dengan gf aku. Sure pecah kepala nak face these 2 things at one time,aite? Salah satu kelemahan aku ialah, tak berapa reti nak asingkan masalah peribadi aku dengan masalah kerja (pembelajaran lebih tepat lagi). Kemungkinan besar, kerja-kerja untuk menyudahkan projek aku ni akan menjadi lagi sukar.


Alasan2 atau sebab2 di atas ni, cukup untuk menahan diri aku daripada terbabit semula dengan dunia cintan-cintun ni. Tapi, terus terang aku cakap, aku respek beberapa orang rakan-rakanku yang bijak menangani masalah peribadi dan masalah dalam hubungan diorang tanpa mengganggu kerja seharian mereka. (Uish.. Kena blaja daripada diorang ni. Untuk kesenangan aku di masa hadapan la)


Of coz, i have nothing against dunia cintan-cintun ni, sebab aku tau, satu hari nanti aku akan terbabit semula dalam dunia tersebut. But, not now. At least not until i finished my project. Bak kata orang, pentingkan yang lebih penting daripada yang penting, kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting. Get wut i mean?


Cheers to the lovers! Hooray for da singles!!

Saturday, March 7, 2009

Amaran : Entry ini sekadar untuk mengisi masa lapang aku je.

Buat masa ni atau lebih tepat lagi dalam entry kali ni, aku nak ketepikan sekejap cerita-cerita sensitif. Seperti yang dilihat pada tajuk entry aku kali ini, entry ini hanya untuk mengisi masa lapan aku di pagi buta ini. Jadi, kandungannya ditulis secara semberono dan spontan. Mungkin tiada apa pun yang menarik untuk tatapan korang yang sedang membaca ni.


Masih lagi mahu terus membaca? OK... Silakan...


Hari Jumaat yang baru lepas, aku pergi ke Shah Alam. Mahu melepak bersama rakan sekelas aku ketika tingkatan 5 dulu. Dia menuntut di UiTM dalam bidang TESL. Tiba-tiba je aku terasa nak lepak ngan member aku ni, jadi aku pun call la dier untuk beritahu yang aku nak datang bermalam di rumah sewa dia. Aku gerak daripada Bangi lebih kurang senja la. nak dekat-dekat Maghrib. Sampai pun dalam lepas Maghrib. (Tibe-tibe aku rasa macam malas nak sambung cerita ni) haih~


Kita fast forward sbb apa yang aku buat masa kat Shah Alam tu, macam tak boleh nak didedahkan kepada korang. Tapi ianya bukanlah pekerjaan munkar yang menyalahi batas agama mahupun undang-undang.


So, petang tadi (sabtu) aku bertolak balik ke Bangi semula. Masa pergi semalam, aku tumpang si paan. Nak balik tadi, aku kena naik KTM. Haih~ Aku tak pernah naik KTM dari Shah Alam ni. Tapi dekat mana-mana pun, sistem KTM ni sama saja. So, aku tak menghadapi sebarang kesukaran pun. Mungkin ada sedikit kesukaran, tapi tiada kaitan dengan sistem KTM itu sendiri. So, aku beli la tiket di kaunter tiket. Harga tiket dari Shah Alam ke UKM adalah sebanyak RM 5.00.


Masa tren sampai, aku tengok dah ramai dah orang dalam tren. "Kena berdirila nampaknya", aku bermonolog dalaman. Lepas je naik tren, aku berdiri betul-betul tepi pintu tren. Sampai je ke stesen seterusnya, ramai penumpang yang sedang menunggu tren. Kenalah berhimpit-himpit. Aku tak kisah sangat la bab berhimpit-himpit ni. Yan aku kisah sekarang ni, bau-bauan harum yang makin lama makin menusuk ke dalam ringga hidung aku ni. Haih~


Bukan niat aku nak mengutuk penumpang lain. Aku rasa sumber bauan tersebut bukannya datang daripada semua penumpang, segelintir mungkin. Tapi bila dah berhimpit ramai-ramai, aku mula jadi rimas. Ditambah lagi dengan keadaan penghawa dingin yang perlahan tahap melampau, aku mula berpeluh. Haih~ Tapi tak de la banyak sangat, pun begitu, terasa la juga kepanasa yang melanda dalam tren tersebut. Mula la, awek-awek, amoi-amoi dan aci-aci keluarkan tisu dan lap peluh masing-masing. Warga bangladesh pula keluarkan sapu tangan untuk lap peluh. Tapi ada juga la sorang tu lap gne tanga. habis pusing dah tangan dier lap peluh. Peluh tak kering-kering, tangan dah basah macam kena rendam dalam air.


Sebelah mamat tu pula, adalah sorang awek melayu ni. Bila awek melayu ni perasan tangan mamat tu basah gila sebab peluh, muka dia terus berubah. Hehehe... Nak lari tak boleh, sebab tren dah penuh. Aku rasa dalam hati dia, mesti minah tu kutuk-kutuk mamat tersebut sambil berdoa tangan mamat tu tak kena dier apatah lagi peluh tersebut menitik kat baju atau tudung dia. Huhuhu...


Aku toleh pula arah lain. Aku nampak sepasang suami isteri tengah duduk. Si Isteri sedang memangku anak kecil mereka yang sedang lena tidur. Panas dalam tren tu langsung tak mengganggu tidur budak tersebut. Aku tengok pula tangan suami isteri tersebut. Bukan main laju lagi dihayun-hayun. Ingatkan tengah berlatih close combat ke karate. rupanya diorng berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Menarik. Orang sekeliling yang pandang diorang semuanya senyum melihat telatah pasangan tadi.


Puas aku tengok gelagat manusia hari ini. Maklumla, dari shah alam nak sampai ke UKM, ada lebih kurang 17 stesen. Kena tukar tren dekat KL Sentral pula tu. So, daripada pemerhatian dan pengalaman aku hari ini, dapatlah aku simpulkan beberapa perkara:


  1. Aku bersyukur, walaupun terpaksa berhimpit dalam tren tadi, aku selamat sampai ke destinasi tanpa kehilangan apa-apa pun. Kecuali masa. Haih~
  2. Malaysia masih lagi berada dalam keadaan aman dan damai, walaupun kalau dilihat dari segi politiknya amat huru-hara dan kacau-bilau.
  3. Aku rasa, KTM Berhad kena ambil tindakan untuk mengatasi masalah penghawa dingi dalam tren diorang. Sampai berpeluh-peluh penumpang. Bukannya naik free, kena bayar kot. So, jagalah hak penumpang-penumpang danpastikan keselesaan penumpang terjamin sepanjang perjalanan.
  4. Penambahan tren pun aku rasa wajar dipertimbangkan. Sebabnya, hampir di setiap stesen, mesti ada sahaja penumpang yang berkerut-kerut muka tahan sakit, sebab kena tolak dengan orang belakang. Mana tidaknya, semua nk masuk, tak nak tunggu tren yang seterusnya. Dah macam tin sardin dah gerabak tren tu tadi.
  5. Aku nak cabar Pak Lah, pakai baju biasa dan cermin mata hitam, bagi orang lain tak cam dia. Pastu suruh dia naik tren pada hari Sabtu lebih kurang jam 5.30 petang dari Shah Alam. Tak perlulah sampai ke UKM mahupun Seremban, cukuplah sekadar turun di KL Sentral. Lepas Pak Lah turun, suruh ramai-ramai  reporter tunggu dekat KL sentral Tengok Berpeluh ke tak berpeluh Pak Lah masa dia keluar dari tren tu. Pak Lah kena la jadi pemimpin yang memahami kesusahan rakyatkan. hahaha...

Selesai sudah bebelan aku untuk entry kali ni. Tujuan sebenar tulis entry ni adalah supaya mata aku ni mengantuk. So, sekarang ni aku dah mengantuk dan matlamat telah tercapai. 

Masih membaca lagi? Anda memang pembaca yang setia. (menyedapkan hati dengan menganggap ada yang membaca) Terima kasihlah sebab baca entry ni sampai habis. hehehe...



~sign out~

Monday, March 2, 2009

Usir!

Dah lama aku tak menyentuh mengenai isu Israel dan Palestin. Bukannye tak berniat nak menyentuh, cuma takde mood. Nak cerita pasal politik M'sia lagilah tak da mood. Boleh jam otak aku kalau nak cerita pasal politik M'sia ni. Ok, topik kita pada kali ini adalah mengenai pelan Israel untuk merobohkan 88 buah rumah penduduk palestin untuk membina Taman Arkeology.


Sakit hati baca keratan berita pasal pelan Israel ni. Dah lah dicerobohnya Palestin, pastu dibunuhnya rakyat Palestin ikut suka hati diorang, sekarang ni diorang nak robohkan pula rumah-rumah penduduk Palestin ni. Katanya, rumah tersebut dibina secara haram dan tak mendapat kebenaran pentadbiran diorang. Diorang mendapat kuasa untuk menentukan dekat mana rumah boleh dibina dan kat mana yang tak boleh ni daripada siapa? Tanah yang diorang duduk secara haram tu pun bukan tanah mak ayah diorang, suka-suka pulak diorang nak robohkan rumah penduduk Palestin.


Tujuan merobohkan rumah-rumah tersebut lagilah menyakitkan hati. Untuk membina taman arkeology. WTF? Taman Arkeology korang tu lagi penting daripada tempat berteduh orang palestin ke? Korang nampak tak yang tindakan Israel ni seolah-olah ingin menunjukkan bahawa diorang boleh buat apa sahaja, daripada membunuh hinggalah mengusir penduduk Palestin dalam tanah air diorang sendiri, dan tiada pihak yang mampu menghalang diorang?


Masuk fakta berkaitan nombor pula jika pelan Bebal Israel ini dilaksanakan. Sebanyak 88 buah rumah akan dirobohkan. Sekiranya rumah-rumah ini dirobohkan, seramai 1500 penduduk Palestin terpaksa mencari tempat baru untuk membina rumah mereka. Kiranya diorang ini diusir dalam tanah air sendiri. Jika hal ini terjadi, angka 1500 itu adalah angka pengusiran terbesar oleh rejim Zionis.


Adakah pak arab tokei minyak akan duduk diam? Adakah ketua liga arab akan duduk diam, sambil menyedut asap shisha ketika pelan Israel ini dilancarkan nanti? Adakah Mesir akan menutup mata dan telinga terhadap isu ini?


Hari tu aku ada terbaca kat masjid kampung aku mengenai perkara-perkara yang membatalkan akidah. Salah satu daripadanya adalah orang Islam yang membantu orang kafir memerangi orang Islam sendiri. Bila batal akidah ni, sama la macam menyekutukan Allah hukumnya. Kafir. Fikir-fikirkanlah. Orang yang kuat iman dia akan menggunakan kekuatan tubuh badan untuk mencegah kemungkaran, yang kurang sikit iman dia akan menggunakan lidah ataupun bersuara menentang kemungkaran, dan yang selemah-lemah imannya akan membenci di dalam hati, tanpa berbuat atau berkata apa-apa pun.


~sign out~

Sunday, March 1, 2009

Tagged by Nani

please post ur 6th picture in your 6th folder of pictures and describe bout it! :) make it really random and dun fake it!

Ahahaha.... Gmbr ni aku ske..
Ni mase ngah on da way g Pavillion. Saje je snap dpn umah ktorang yg telah disewakan kpd org len. Wahahaha...
N now, i tag:
Tqa-Zack
Ez
Faiz
Yus