Friday, March 20, 2009

Bosan di kala malam menjelma~

Peringatan: Walaupun tajuk post kali ini agak berpuitis (baca: berbunga-bunga), tapi kandungannya tak ada lah berbunga pun, malahan berdaun pun tidak, apatah lagi berbatang (ini sudah jauh menyimpang).





Hari ini aku makan malam di luar bersama rakan-rakan aku. Pada kebiasaannya, aku hanya makan malam di cafe asrama yang mana mejanya ibarat 'jongkang-jungkit' dan kerusinya ibarat 'i-gallop' ogawa tu. Kami mencuba makanan disebuah kedai makan yang belum pernah kami kunjungi sebelum ini (kire nak cari new experience la). So, jumpe la satu kedai makan yang bernama 'Hot-Station'. Aku tercari-cari dimana sebabnya kedai itu dinamakan 'HOT-station'. Tapi, disebabkan perut pun dah lapar, aku tundakan dulu pencarian aku.





Sedang aku meneliti menu makanan di bawah sinaran lampu yang agak suram2 (bukan romantik), aku terpandang satu banner di hadapan kedai tersebut. Western Cuisine. Hurm, menarik. Aku memang suka mencuba western cuisine ni, sebab aku nak bandingkan rasa dan harganya dengan western cuisine di cafe ayah aku. Dalam suasan yang kelam tu, aku nampak ada menu mixed grill chicken + lamb. Aku tengok plak harganya, RM 5.00 ( itu yang aku nampak dalam suasana kelam). Murah! Hasut hati perut aku yang lapar.





Dengan selambanya, aku order nasi goreng biasasatu, mixed grill chicken + lamb satu dan air sirap limau satu. So, tengah tunggu makanan sampai, ada la dua orang awek ni lalu depan kami. Seperti lelaki-lelaki yang lain, aku 'terpandang' awek tersebut dari atas sampai bawah. Cun! kata hati nakal aku ni. Lepas tu, aku terus menunggu tanpa mempedulikan awek yang menjeling-jeling aku (ke aku perasan je?). So, nasi aku pun sampai. Tapi mixed grill aku tak sampai-sampai lagi ni. Disebabkan perut aku da lapar, aku suap nasi goreng tu slow-slow. Nak alas perut, sambil menunggu main dish aku sampai.





Akhirnya, mixed grill aku sampai. Aku terkejut tengok kandungan mixed grill tersebut. Banyak. Aku mula jeling pada banner tadi semula. Mata aku ni masih lagi mengatakan bahawa harga mixed grill tersebut adalah RM 5.00. So, aku pn terus makan sampai habis. Lepas habis hisap rokok sebatang, kami pun pergi ke kaunter untuk membayar. Tengah nak jalan ke kaunter tu, aku jeling ke banner lagi sekali (kalo tengok direct kang, orang cakap apsal plak mamat ni tengok banner ni banyak kali, lari bajet ke?). Akhirnya, aku nampak angka 15.00 di hujung pkataan mixed grill chicke + lamb tadi. Sudah~





So, aku pergi ke kaunter untuk membayar. Dengan hati yang panas sebab terkeliru dengan harga yang ditulis pada banner tersebut, ditambah pula dengan sinaran cahaya yang suram-suram, aku teringat dengan niat awal aku untuk mencari sebab kedai tu dinamakan 'HOT-station'. Sememangnya nama kedai tu sepadan dengan apa yang aku rasa sekarang. HOT! Kenapa tak boleh letak lampu kalimantan, takpun neon ke kat banner tu? Kan aku da terpaksa mencover muka yang tengah hot ni masa bayar tadi. Haih....





Salah aku atau salah pengusaha kedai tersebut?


p/s: entry ni ak da type agk lama da. tp setiap kali aku click 'Publish Post', akn jd error. Damn~ sgt menyakitkan hati bila beda tu berulang berkali-kali. pape pn enjoy la ye.

5 comments:

  1. bestnyer aku dgr mixed grilled chicken + lamb tu. Kat sini kalau benda2 macam tu dekat2 RM25-30

    ReplyDelete
  2. haha.. kitorg bakar sendri jek atas rumah..

    ReplyDelete
  3. hahaha...
    kire ak ptt bersyukur la ni ek faiz?
    tp kalo dr awl ak tau hrgenye RM 15, ak xkn order..
    hahahaha....

    ala, yus.. kt sini kalo ak bakar ats hostel ni, mau kne buang asrama aku... hahaha...

    ReplyDelete
  4. alah...
    makan pon bekira..
    chet!


    salam...
    =D

    ReplyDelete
  5. bkn bkire la macik oi..
    kalo ak da tau awl2 hrgenye 15.00, ak xkn order tau...

    ReplyDelete