Monday, March 9, 2009

Relationship a.k.a hubungan

Hurm.. Ak penah buka topik yang berkaitan dengan tajuk ni, tapi dalam blog yang lain. Aku terfikir nak tulis mengenai tajuk ni, masa aku on da way balik makan petang tadi. Tapi da malam baru aku mula menekan keyboard ni, sebabnya, malam ada privacy sikit. Aku tak suka memblogkan diri aku sambil ada orang yang memerhati apa yang aku tulis. Hish, pastu dok perli2 aku.. hahaha... So, sekarang ni aku tengah bebas daripada perhatian mana-mana manusia.


Hurm... Where or more correctly how should i start... Maybe a lil' bit on my past relationship will do.. Mind da words 'a lil' bit' guys...


First time aku ada gf mase form 5. Dikala calon2 SPM sedang bertungkus lumus untuk menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, aku sempat lagi bercintan-cintun. Mungkin itu merupakan salah satu sebab aku leka dan sedikit lupa akan pembelajaran aku. Lepas tu, masa aku belajar di Giat MARA ketika menunggu keputusan SPM, berakhir bila aku habis belajar di pusat tersebut.


Hubungan yang seterusnya menyusul bila aku mula belajar kat GMi ni. Berakhir lepas setahun. Dan yang akhir sekali, masa aku dekat GMi gak. Berakhir masa aku mula practical. And now, i'm a loner. Happy bersama rakan-rakan.


Jumaat ari tu, aku gerak ke Shah Alam, untuk lepak bersama seorang rakan sekelas aku masa zaman sekolah dulu. Dia baru je clash ngan awek dier, tp da dapat awek baru da. Hurm.. Good for him, sebabnya sekarang ni dia lagi happy dari dulu, katanya. Aku gerak balik dari Shah Alam pada hari sabtu. Sepanjang perjalanan yang gila jauh tu, banyak gak benda yang aku fikir. Dan observe.. hahaha...


Kenapa aku tak cari gf br? Bukan nak riak, tapi dengan paras rupa aku yang kira not bad ni, takde la hensem sangat pun, aku rasa boleh je aku cari gf br kalo aku nak. Tapi, kenapa aku tak nak? Kadang-kadang tu, dah ada depan mata, tapi aku buat-buat tak nampak. Aku akan ubah pemikiran aku supaya tidak terjebak dalam dunia tersebut. Personally, aku ada beberapa alasan yang sering aku gunakan bila aku nak mengelakkan diri aku daripada cari gf baru.


Pertama, memang betul bila ada awek, rasa cam best, ada yang akan message kita hari2, call kita. Risau bila kita sakit.. Senang citer, amik berat pasal kita. Surely, korang yang ber'awek' or ber'balak' (ish cam pelik je bunyi. u noe wut i mean la kn) akan terasa bahagia pasal benda ni kan? Bagi aku, 'kebahagiaan' ini akan hilang bila mana, aku dan perempuan tersebut bergaduh, merajuk, quarrel etc. It's a massive headache. Of coz, it's just my personal opinion.Based on aku punye experience, aku boleh hilang mood untuk melakukan sesuatu bila aku bergaduh dengan si dia. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.


It's true that nobody's perfect. Aku tau itu benar. Aku pun kira tak perfect. Sebab tu aku jadikan perkara ini sebagai alasan, walaupun aku tahu yang pergaduhan adalah merupakan lumrah dalam setiap hubungan. See what i mean? Nobody's perfect. hehehe...


Kedua, secara peribadinya, tabiat aku bila ada gf dlu, aku suka sangat bercakap melalui telefon berjam-jam. Malas nak tekan2 handphone ni, lmbt. Kalau call blh dgr suara. Best sikit. hahaha... Natijahnya, mula la aku top up tak ingat dunia. Lepas tu, kering sampai tak cukup duit nak makan. Berdasarkan pengalaman aku yang lepas, sekarang ni duit aku lebih jimat kerana jarang-jarang aku top up kredit handphone aku. Tapi kat rokok tu memang aku tak nafikan, banyak gak bazirnya.


Ketiga, bila tak ada gf ni, aku terasa bebas nak buat apa saja. Nak lepak dengan lama-lama dengan kawan2 pun boleh. Sebab, dlu sume awek aku marah aku lepak lama-lama ngan kwn2 aku. Bila da lepak dengan kawan2, takde bilanya aku nak reply message or jwb phone. Leka dah.. hahaha.. Aku juga bebas nak berkawan dengan sipa yang aku nak, tak kira lelaki ke perempuan ke, tanpa perlu bimbang yang aku akan membuat sape2 je cemburu mahupun terasa hati. Pendeknya, aku tak suka terkongkong dengan hubungan dan perasaan orang lain.


Peringatan kepada pembaca, semua yang ditulis di atas dan di bawah selepas ini adalah pendapat aku secara peribadi. Ianya bukanlah fakta atau tips2 yang diambil dari mana-mana sumber lain. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri.


Nah, sekarang ni aku sedang 'sibuk' menyiapkan final year project aku. Katakanlah aku ada gf sekarang ni, tiba2 masa tengah hecti nak siapkan project, leh lak aku bergaduh dengan gf aku. Sure pecah kepala nak face these 2 things at one time,aite? Salah satu kelemahan aku ialah, tak berapa reti nak asingkan masalah peribadi aku dengan masalah kerja (pembelajaran lebih tepat lagi). Kemungkinan besar, kerja-kerja untuk menyudahkan projek aku ni akan menjadi lagi sukar.


Alasan2 atau sebab2 di atas ni, cukup untuk menahan diri aku daripada terbabit semula dengan dunia cintan-cintun ni. Tapi, terus terang aku cakap, aku respek beberapa orang rakan-rakanku yang bijak menangani masalah peribadi dan masalah dalam hubungan diorang tanpa mengganggu kerja seharian mereka. (Uish.. Kena blaja daripada diorang ni. Untuk kesenangan aku di masa hadapan la)


Of coz, i have nothing against dunia cintan-cintun ni, sebab aku tau, satu hari nanti aku akan terbabit semula dalam dunia tersebut. But, not now. At least not until i finished my project. Bak kata orang, pentingkan yang lebih penting daripada yang penting, kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting. Get wut i mean?


Cheers to the lovers! Hooray for da singles!!

No comments:

Post a Comment