Masih lagi mahu terus membaca? OK... Silakan...
Hari Jumaat yang baru lepas, aku pergi ke Shah Alam. Mahu melepak bersama rakan sekelas aku ketika tingkatan 5 dulu. Dia menuntut di UiTM dalam bidang TESL. Tiba-tiba je aku terasa nak lepak ngan member aku ni, jadi aku pun call la dier untuk beritahu yang aku nak datang bermalam di rumah sewa dia. Aku gerak daripada Bangi lebih kurang senja la. nak dekat-dekat Maghrib. Sampai pun dalam lepas Maghrib. (Tibe-tibe aku rasa macam malas nak sambung cerita ni) haih~
Kita fast forward sbb apa yang aku buat masa kat Shah Alam tu, macam tak boleh nak didedahkan kepada korang. Tapi ianya bukanlah pekerjaan munkar yang menyalahi batas agama mahupun undang-undang.
So, petang tadi (sabtu) aku bertolak balik ke Bangi semula. Masa pergi semalam, aku tumpang si paan. Nak balik tadi, aku kena naik KTM. Haih~ Aku tak pernah naik KTM dari Shah Alam ni. Tapi dekat mana-mana pun, sistem KTM ni sama saja. So, aku tak menghadapi sebarang kesukaran pun. Mungkin ada sedikit kesukaran, tapi tiada kaitan dengan sistem KTM itu sendiri. So, aku beli la tiket di kaunter tiket. Harga tiket dari Shah Alam ke UKM adalah sebanyak RM 5.00.
Masa tren sampai, aku tengok dah ramai dah orang dalam tren. "Kena berdirila nampaknya", aku bermonolog dalaman. Lepas je naik tren, aku berdiri betul-betul tepi pintu tren. Sampai je ke stesen seterusnya, ramai penumpang yang sedang menunggu tren. Kenalah berhimpit-himpit. Aku tak kisah sangat la bab berhimpit-himpit ni. Yan aku kisah sekarang ni, bau-bauan harum yang makin lama makin menusuk ke dalam ringga hidung aku ni. Haih~
Bukan niat aku nak mengutuk penumpang lain. Aku rasa sumber bauan tersebut bukannya datang daripada semua penumpang, segelintir mungkin. Tapi bila dah berhimpit ramai-ramai, aku mula jadi rimas. Ditambah lagi dengan keadaan penghawa dingin yang perlahan tahap melampau, aku mula berpeluh. Haih~ Tapi tak de la banyak sangat, pun begitu, terasa la juga kepanasa yang melanda dalam tren tersebut. Mula la, awek-awek, amoi-amoi dan aci-aci keluarkan tisu dan lap peluh masing-masing. Warga bangladesh pula keluarkan sapu tangan untuk lap peluh. Tapi ada juga la sorang tu lap gne tanga. habis pusing dah tangan dier lap peluh. Peluh tak kering-kering, tangan dah basah macam kena rendam dalam air.
Sebelah mamat tu pula, adalah sorang awek melayu ni. Bila awek melayu ni perasan tangan mamat tu basah gila sebab peluh, muka dia terus berubah. Hehehe... Nak lari tak boleh, sebab tren dah penuh. Aku rasa dalam hati dia, mesti minah tu kutuk-kutuk mamat tersebut sambil berdoa tangan mamat tu tak kena dier apatah lagi peluh tersebut menitik kat baju atau tudung dia. Huhuhu...
Aku toleh pula arah lain. Aku nampak sepasang suami isteri tengah duduk. Si Isteri sedang memangku anak kecil mereka yang sedang lena tidur. Panas dalam tren tu langsung tak mengganggu tidur budak tersebut. Aku tengok pula tangan suami isteri tersebut. Bukan main laju lagi dihayun-hayun. Ingatkan tengah berlatih close combat ke karate. rupanya diorng berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Menarik. Orang sekeliling yang pandang diorang semuanya senyum melihat telatah pasangan tadi.
Puas aku tengok gelagat manusia hari ini. Maklumla, dari shah alam nak sampai ke UKM, ada lebih kurang 17 stesen. Kena tukar tren dekat KL Sentral pula tu. So, daripada pemerhatian dan pengalaman aku hari ini, dapatlah aku simpulkan beberapa perkara:
- Aku bersyukur, walaupun terpaksa berhimpit dalam tren tadi, aku selamat sampai ke destinasi tanpa kehilangan apa-apa pun. Kecuali masa. Haih~
- Malaysia masih lagi berada dalam keadaan aman dan damai, walaupun kalau dilihat dari segi politiknya amat huru-hara dan kacau-bilau.
- Aku rasa, KTM Berhad kena ambil tindakan untuk mengatasi masalah penghawa dingi dalam tren diorang. Sampai berpeluh-peluh penumpang. Bukannya naik free, kena bayar kot. So, jagalah hak penumpang-penumpang danpastikan keselesaan penumpang terjamin sepanjang perjalanan.
- Penambahan tren pun aku rasa wajar dipertimbangkan. Sebabnya, hampir di setiap stesen, mesti ada sahaja penumpang yang berkerut-kerut muka tahan sakit, sebab kena tolak dengan orang belakang. Mana tidaknya, semua nk masuk, tak nak tunggu tren yang seterusnya. Dah macam tin sardin dah gerabak tren tu tadi.
- Aku nak cabar Pak Lah, pakai baju biasa dan cermin mata hitam, bagi orang lain tak cam dia. Pastu suruh dia naik tren pada hari Sabtu lebih kurang jam 5.30 petang dari Shah Alam. Tak perlulah sampai ke UKM mahupun Seremban, cukuplah sekadar turun di KL Sentral. Lepas Pak Lah turun, suruh ramai-ramai reporter tunggu dekat KL sentral Tengok Berpeluh ke tak berpeluh Pak Lah masa dia keluar dari tren tu. Pak Lah kena la jadi pemimpin yang memahami kesusahan rakyatkan. hahaha...
Selesai sudah bebelan aku untuk entry kali ni. Tujuan sebenar tulis entry ni adalah supaya mata aku ni mengantuk. So, sekarang ni aku dah mengantuk dan matlamat telah tercapai.
Masih membaca lagi? Anda memang pembaca yang setia. (menyedapkan hati dengan menganggap ada yang membaca) Terima kasihlah sebab baca entry ni sampai habis. hehehe...
~sign out~
baik ko suro monggolia tu~
ReplyDeletemat ngantuk tu da nak pencen!
haah kn..
ReplyDeletetp sbb ak suh dier adlh krn dier poyo2 kunun wat spot check mse 1st time naik KTM.
padahal saje nk rase, sbb sblm ni xpenah nek ktm... kire antara 'list of things to be done' sebelum pencen.
wahahahaha....