Monday, March 2, 2009

Usir!

Dah lama aku tak menyentuh mengenai isu Israel dan Palestin. Bukannye tak berniat nak menyentuh, cuma takde mood. Nak cerita pasal politik M'sia lagilah tak da mood. Boleh jam otak aku kalau nak cerita pasal politik M'sia ni. Ok, topik kita pada kali ini adalah mengenai pelan Israel untuk merobohkan 88 buah rumah penduduk palestin untuk membina Taman Arkeology.


Sakit hati baca keratan berita pasal pelan Israel ni. Dah lah dicerobohnya Palestin, pastu dibunuhnya rakyat Palestin ikut suka hati diorang, sekarang ni diorang nak robohkan pula rumah-rumah penduduk Palestin ni. Katanya, rumah tersebut dibina secara haram dan tak mendapat kebenaran pentadbiran diorang. Diorang mendapat kuasa untuk menentukan dekat mana rumah boleh dibina dan kat mana yang tak boleh ni daripada siapa? Tanah yang diorang duduk secara haram tu pun bukan tanah mak ayah diorang, suka-suka pulak diorang nak robohkan rumah penduduk Palestin.


Tujuan merobohkan rumah-rumah tersebut lagilah menyakitkan hati. Untuk membina taman arkeology. WTF? Taman Arkeology korang tu lagi penting daripada tempat berteduh orang palestin ke? Korang nampak tak yang tindakan Israel ni seolah-olah ingin menunjukkan bahawa diorang boleh buat apa sahaja, daripada membunuh hinggalah mengusir penduduk Palestin dalam tanah air diorang sendiri, dan tiada pihak yang mampu menghalang diorang?


Masuk fakta berkaitan nombor pula jika pelan Bebal Israel ini dilaksanakan. Sebanyak 88 buah rumah akan dirobohkan. Sekiranya rumah-rumah ini dirobohkan, seramai 1500 penduduk Palestin terpaksa mencari tempat baru untuk membina rumah mereka. Kiranya diorang ini diusir dalam tanah air sendiri. Jika hal ini terjadi, angka 1500 itu adalah angka pengusiran terbesar oleh rejim Zionis.


Adakah pak arab tokei minyak akan duduk diam? Adakah ketua liga arab akan duduk diam, sambil menyedut asap shisha ketika pelan Israel ini dilancarkan nanti? Adakah Mesir akan menutup mata dan telinga terhadap isu ini?


Hari tu aku ada terbaca kat masjid kampung aku mengenai perkara-perkara yang membatalkan akidah. Salah satu daripadanya adalah orang Islam yang membantu orang kafir memerangi orang Islam sendiri. Bila batal akidah ni, sama la macam menyekutukan Allah hukumnya. Kafir. Fikir-fikirkanlah. Orang yang kuat iman dia akan menggunakan kekuatan tubuh badan untuk mencegah kemungkaran, yang kurang sikit iman dia akan menggunakan lidah ataupun bersuara menentang kemungkaran, dan yang selemah-lemah imannya akan membenci di dalam hati, tanpa berbuat atau berkata apa-apa pun.


~sign out~

No comments:

Post a Comment