Entah macam mana entah tadi, aku boleh pulak terbaca akhbar Utusan. Ini semua sebab ketiadaan wireless di kedai makan kat kampung aku. Kalau tak, tak akan aku pandang punya surat khabar tu. I've nothing against the newspaper. Really. Saja nak cakap macam tu. Tengah aku selak-selak (akhbar bukan kain orang) tadi, of course la banyak citer pasal perhimpunan geng-geng Chronic Cronism (menurut Nami dan Ez). Aku tak nak sentuhlah pasal hal-hal tu. Bosan.
Aku terbaca pasal saranan seorang mamat ,yang aku tak tahulah kenapa dia ni cukup dengki dan busuk hati, meminta kerajaan menarik balik biasiswa yang diberikan kepada pelajar-pelajar luar negara yag menyokong pembangkang. Katanya, pelajar-pelajar ini terutamanya di Mesir mendapat sambutan yang luar biasa. Takut ke? Atau mamt ni saja nak tunjuk hebat masa berucap dalam mesyuarat chronic cronism ni, supaya di masa akan datang mamat ni dapat simpan sedikit duit dan tidak perlu berbelanja besar untuk dicalonkan dalam MT, malahan Presiden Chronic Cronism nanti?
Mengapa perlu ditarik balik tawaran biasiswa yang telah diberikan? Adakah kerana biasiswa tersebut diberikan oleh kerajaan? Ni aku yang dok kat dalam negara ni nak tanya sikit la kat mamat yang dok kat Southampton ni. Dengan menggunakan otak yang diberikan oleh Tuhan, ko rasa mana kerajaan dapat duit untuk bagi biasiswa tu? Pak Lah sponsor ke? Najib invest ke? Ke duit rakyat yang membayar cukai? Ni satu lagi soalan CEPUK emas, dalam syarat-syarat masa memohon biasiswa tu, ada tulis ke "PENYOKONG PARTI PEMBANGKAN TIDAK LAYAK MEMOHON". Ade ke? Tak ada kan?
Cakap guna otak la bro. Jangan guna nafsu nak tunjuk belang je bila bercakap. Orang bodoh depan ko masa tu boleh la ko nak 'kencing'. Tapi kat luar ni, ramai manusia yang lagi bijak daripada orang2 depan ko masa tu. So, think before you talk.
Aku sebenarya tak kenal pun mamat tu. Nama dia pun baru 1st time aku baca tadi. Sebelum ni aku tak ada la tak suka dia ke apa ke. Tapi lepas aku baca statement dia, sakit hati la pulak. PHD penuh di hati. Bukan PHD kazakhstan. Ni PHD pure dari Malaysia. Perasaan hasad dengki bila tengok orang lain lebih daripada dia. Ni lah langkah-langkah yang diambil oleh looser-looser macam mamat tu bila ada orang lebih bagus dari dia. Persatuan chronic cronism tak dapat sambutan dari pelajar malaysia di luar negara. So, sapa yang tak join persatuan dia, tak boleh pergi luar negara. Akhirnya, memang orang dia je la yang dapat belajar kat luarnegara. Banggalah mamat tu bila semua pelajar luar negara join persatuan tu. Ceh~ Busuk punya hati.
Mana pergi demokrasi yang disebut-sebut? Bagi diorang, demokrasi adalah demokrasi bila ianya memnuhi citarasa diorang. Kalo diorang tak suka, tak boleh. Itu diorang punya definisi untuk demokrasi. Tak sokong diorang, tak boleh dapat biasiswa. Tak sokong diorang, tak boleh dapat kerja kerajaan. Alahai, bangangnyalah diorang ni. Haih~
Tak mo cakap banyak, nanti bertambah pulak dosa aku ni...
~sign out~
Saturday, March 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment